Minyak Lintah Tapa

Minyak Lintah, Minyak Lintah Tapa, Kesihatan Lelaki, Petua untuk Zakar, Kesihatan Zakar dan alat sulit lelaki. Besar Panjang Tegang Keras Power


Add saya fb/wechat/telegram/line: abeurut

Home Top Ad

​ Jika Kedudukan batang anda ke C, D dan E. Itu bermakna batang anda lemah



Jika Kedudukan batang anda ke C, D dan E. Itu bermakna batang anda lemah

Tangan manusia juga mempunyai titik-titik tertentu untuk bahagian organ-organ tertentu.  Urutan bahagian tertentu pada tangan akan mencetusk...

Tangan manusia juga mempunyai titik-titik tertentu untuk bahagian organ-organ tertentu. 

Urutan bahagian tertentu pada tangan akan mencetuskan rangsangan terhadap organ tersebut.



Serai amat penting untuk menyokong sendi-sendi, mengurangkan kolestrerol, menambahbaikan mata dan bermacam-macam lagi. Berikan minuman serai...

Serai amat penting untuk menyokong sendi-sendi, mengurangkan kolestrerol, menambahbaikan mata dan bermacam-macam lagi.

Berikan minuman serai/lemongrass kepada customer anda sebagai nilai tambah.





  Ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut.  ​Letakkan sedikit minyak terse...

 
Ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. 


​Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang ia itu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). 

Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar.

 Lakukan sebanyak 7 kali. 


Ada juga amalan yang disertai dengan zikir-zikir tetentu, seperti contohnya wafaq berikut:
Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il'aLlah hu Wahidul Qahar
bgtu pon seandainya terlebih dahulu kne la diurut dulu kepada yg pakar..selepas itu anda blh membuat rawatan rutin sehari2 seperti yg diatas..amalkan yer :)

Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari te...


Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar [ kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar ] menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah.

Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99-kali. Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angina dari berkumpul pada pangkal zakar. 


Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.


Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, pe...

Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin.

Jika anda menjalani ujian tahap kesuburan sebelum kahwin, berkemungkinan ia boleh berubah selepas anda berkahwin. Yang penting, anda perlu mengenali ciri-ciri kesuburan. Jika anda lelaki, perkara utama ialah mempunyai anggota kelamin yang normal iaitu mempunyai sepasang buah zakar yang normal dan dapat menghasilkan sperma mencukupi, sperma aktif dan normal.

Mempunyai salur sperma dan semua organ anggota reproduktif dalaman yang normal, seperti pundi epidemis, pundi prostat, pundi seminal dan pundi Cowpers (normal), anggota kelamin yang boleh mencapai ereksi secara mantap, padat dan mampu melakukan penetrasi faraj perempuan, sekali gus dapat menyalurkan sperma dalam faraj.

Namun jika masih hendak tahu tahap kemampuan menghasilkan sperma, anda boleh menjalani ujian air mani. Cara mengeluarkan sampel air mani ialah melalui onani iaitu mengurut zakar sehingga mencapai ejakulasi air mani.

Sampel air mani hendaklah dihantar ke makmal secepat mungkin, iaitu tidak lebih dari sejam. Jika ada sperma dalam air mani, ini petanda anda tidak mandul.

Profil sperma normal ialah mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada dua mililiter (ml). Jika kurang, mungkin pengambilannya tidak sempurna dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma.

Peratusan sperma yang aktif tidak kurang daripada 40 peratus dan peratusan sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30 peratus. Anda perlu tahu profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaliknya.

Adakalanya, masalah sukar hamil dikalangan mereka yang sudah lama berkahwin bukan sahaja berpunca dari isteri, malah ia juga boleh disebabkan dari suami. Sangat disarankan untuk pasangan suami isteri berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui status kesihatan dan kesuburan.

Disini saya kongsikan dengan anda info mengenai pentingnya kualiti dan kuantiti sperma

Kurang sperma punca ketidaksuburan lelaki?

Kurang sperma juga dikenali sebagai "ioligospermia" (air mani dalam keadaan cair). Salah satu punca ketidaksuburan lelaki adalah dimana air mani semasa ejakulasi mengandungi jumlah yang kurang dari biasa.

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter.

Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, sekurang-kurangnya 50 % sperma yang mampu bergerak aktif.

Simptom si suami kekurangan sperma dapat dilihat apabila adanya masalah dalam hubungan seksual seperti kurang nafsu atau ejakulasi pramatang. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.


TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot k...

TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot kemut. Apabila seseorang lelaki teruja dan perasaan seksualnya terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar.

Dalam keadaan begini, kekuatan ereksi menjadi kekal dan padat serta hubungan seksual penetratif dapat dilakukan dengan sempurna. Apabila darah kurang kekal dalam otot zakar dan terkeluar secara sedikit demi sedikit, situasi ini dikenali sebagai 'venous leak' atau keciciran darah daripada pembuluh vein, oleh itu kualiti kekerasan zakar menjadi kurang.

Dalam keadaan begitu, tusukan zakar sukar dilakukan atau zakar cepat mengendur serta ejakulasi cepat berlaku. Dalam keadaan begini, sudah tentu ejakulasi akan menjadi tidak berdaya atau ia tidak memancut. Kebanyakannya hanya meleleh.

Keadaan ini terjadi di mana tahap ereksi kurang bertenaga dan hubungan seksual secara tusukan pula sukar dilakukan. Jika lelaki mengalami masalah ini, ia digelar mati pucuk atau disfungsi erektil.

Pada masa sama, ia menandakan tahap ereksi tidak mencukupi kerana kekurangan kepadatan akibat kekurangan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar.

Ini mungkin berlaku apabila perjalanan darah dalam otot zakar kurang lancar atau otot zakar tidak mengembang dengan secukupnya untuk mengizinkan darah masuk dengan banyak atau darah yang masuk dalam otot tidak kekal dan terkeluar daripada salurannya.

Kepada lelaki yang mengalami masalah ini, anda harus mengamalkan gaya hidup sihat. Jika masalah ini terjadi ketika usia masih muda, anda seharusnya lebih berjaga-jaga.

Saranan saya, lakukan senaman berkala. Hentikan tabiat merokok dan jaga berat badan pada tahap sesuai. Anda boleh lakukan senaman kemut atau senaman Kegel untuk memantapkan otot lantai pelvis.

Ini dapat memberi kekuatan kepada pangkal zakar dan boleh membuatkan ejakulasi lebih berdaya. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan, sama ada anda menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

Didapati lelaki yang mengalami simptom mati pucuk mungkin mempunyai petanda kemunculan penyakit kronik terbabit.

TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot k...

TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot kemut. Apabila seseorang lelaki teruja dan perasaan seksualnya terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar.

Dalam keadaan begini, kekuatan ereksi menjadi kekal dan padat serta hubungan seksual penetratif dapat dilakukan dengan sempurna. Apabila darah kurang kekal dalam otot zakar dan terkeluar secara sedikit demi sedikit, situasi ini dikenali sebagai 'venous leak' atau keciciran darah daripada pembuluh vein, oleh itu kualiti kekerasan zakar menjadi kurang.

Dalam keadaan begitu, tusukan zakar sukar dilakukan atau zakar cepat mengendur serta ejakulasi cepat berlaku. Dalam keadaan begini, sudah tentu ejakulasi akan menjadi tidak berdaya atau ia tidak memancut. Kebanyakannya hanya meleleh.

Keadaan ini terjadi di mana tahap ereksi kurang bertenaga dan hubungan seksual secara tusukan pula sukar dilakukan. Jika lelaki mengalami masalah ini, ia digelar mati pucuk atau disfungsi erektil.

Pada masa sama, ia menandakan tahap ereksi tidak mencukupi kerana kekurangan kepadatan akibat kekurangan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar.

Ini mungkin berlaku apabila perjalanan darah dalam otot zakar kurang lancar atau otot zakar tidak mengembang dengan secukupnya untuk mengizinkan darah masuk dengan banyak atau darah yang masuk dalam otot tidak kekal dan terkeluar daripada salurannya.

Kepada lelaki yang mengalami masalah ini, anda harus mengamalkan gaya hidup sihat. Jika masalah ini terjadi ketika usia masih muda, anda seharusnya lebih berjaga-jaga.

Saranan saya, lakukan senaman berkala. Hentikan tabiat merokok dan jaga berat badan pada tahap sesuai. Anda boleh lakukan senaman kemut atau senaman Kegel untuk memantapkan otot lantai pelvis.

Ini dapat memberi kekuatan kepada pangkal zakar dan boleh membuatkan ejakulasi lebih berdaya. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan, sama ada anda menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

Didapati lelaki yang mengalami simptom mati pucuk mungkin mempunyai petanda kemunculan penyakit kronik terbabit.

Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin bo...

Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin boleh menjejaskan kesihatan apabila berkahwin.

Maklumat daripada beberapa laman seksual tidak menyatakan onani itu tidak baik, tetapi ada laman spiritual tidak menggalakkan amalan itu dan Islam mengutuk amalan itu.

Kajian mengenai seksual yang dilakukan beberapa pihak di luar negara melaporkan pengamal onani berkemungkinan mengalami masalah ketagihan, terikat dengan amalan itu dan tidak dapat melepaskan diri walaupun sudah berkahwin.

Ada juga laporan menyatakan sebilangan lelaki dan perempuan yang mengamalkan onani tidak dapat kebahagiaan seksual dengan pasangan kerana tidak mudah mencapai klimaks dengan pasangan.

Jika tidak klimaks lelaki tentu sukar menghamilkan pasangan kerana tanpa klimaks, tiada ejakulasi. Mungkin ini saja yang boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan pasangan, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui hubungan seksual dengan isteri kerana keghairahan tidak mencukupi dengan cara itu, tetapi mencukupi dengan cara onani.

Saya pernah mengendalikan beberapa kes sebegini, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui persetubuhan dengan isteri dan kesudahannya dia hanya dapat menghamilkan pasangan apabila air mani yang dikeluarkan melalui onani dikumpul dan disuntik ke dalam rahim pasangannya ketika isteri subur.

Sebilangan besar kes yang saya kendalikan berkaitan cepat klimaks mengakui mereka kerap melakukan onani. Termasuk juga kes mereka yang mengalami masalah mati pucuk, lebih 80 peratus memang kaki onani. Kata orang, bagaimana pokok boleh bergoyang jika tiada angin.

Sama juga dengan masalah seksual seperti cepat klimaks, mati pucuk, tidak mudah ejakulasi dengan pasangan yang dialami lelaki, tidak akan berlaku jika tidak mengamalkan onani. Mungkin perkara yang anda perlu lakukan ialah cuba hentikan amalan onani.

Elakkan aktiviti yang boleh mendorong anda melakukan amalan itu seperti berkhayal seorang diri, menonton video lucah atau melayari laman web lucah.

Amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, berhenti merokok dan henti minuman keras dan lakukan aktiviti sosial secara berkumpulan dengan interaksi minda.

Dengan cara sedemikian kesihatan seksual dan reproduktif anda akan membina dan masa depan anda untuk mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sihat akan tercapai.


Dr Dr Abu Reizqy

Bahaya kote terkena hentakan kote suami saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, kotenya kini tidak mampu untuk...


Bahaya kote terkena hentakan

kote suami saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, kotenya kini tidak mampu untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini?
ZURA,

Permatang Pauh,

Pulau Pinang

KECEDERAAN yang berlaku kepada kote boleh mengakibatkan fungsi anggota berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan atau tarikan ketika kote itu sedang menegang atau ereksi.

Hentakan secara terus kepada kote boleh mengakibatkan ia ‘terpatah’ dan hujung kote terbengkok serta lebam kerana darah menyerap keluar daripada otot kote yang tercedera.

Jika ada darah beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara spontan tetapi pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan sebelum kembali normal.

Ini kerana mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut yang seraput tetapi kote masih boleh digunakan lagi. Namun, ia jarang mengakibatkan mati pucuk.

Satu lagi kecederaan yang berlaku akibat hentakan kepada kote ialah otot lekat di antara tundun dan otot kote tercedera. Ia boleh membantutkan proses ereksi kerana sakit pada bahagian tundun dan otot pangkal kote.

Bengkak dan keradangan yang terjadi perlu dilegakan dahulu (gunakan ais atau ‘cold compress’). Selepas itu, ereksi kembali normal. Jika ereksi tidak berlaku, pemeriksaan perlu dilakukan pada sistem perjalanan darah ke dalam kote yang mungkin menjadi sempit akibat kecederaan terbabit.

Pembuluh darah arteri akan dikembangkan dan ia akan dikendalikan oleh pakar.

Bagi kote yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot dan sendi lekatan otot kote ke tundun terkoyak. Untuk melegakan keradangan dan bengkak, ‘cold compress’ akan digunakan.

Apabila lega pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan. Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan, tetapi jika kecederaannya berat mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyambung ligamen(otot sendi) yang terkoyak.

Baimanapun elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak berlaku!

Konek Keluar cecair jernih, melekit SAYA ingin bertanya mengenai masalah pada kote saya. Ada kalanya ia mengeluarkan cecair jernih dan me...


Konek Keluar cecair jernih, melekit

SAYA ingin bertanya mengenai masalah pada kote saya. Ada kalanya ia mengeluarkan cecair jernih dan melekit. Ia tidak keluar dengan kuantiti yang banyak dan hanya akan keluar apabila saya melurutnya.

Dalam proses itu saya tidak mengalami sebarang kesakitan tetapi saya bimbang jika ia adalah tanda kote saya bermasalah.

SHAFIQ,
Marang, Terengganu

ANDA tidak perlu bimbang kerana cecair berkenaan adalah air mazi. Dalam keadaan terangsang, ereksi akan berlaku dan aliran darah kepada kote akan meningkat.

Pundi ‘cowpers’ dan pundi di dalam salur kencing akan mengembang dan menghasilkan cecair jernih yang melekit iaitu air mazi. Bagi sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak.

Ada kalanya ia boleh keluar ketika membuang air besar atau kecil. Ia berlaku apabila otot lantai pelvis tercengkam ketika meneran.

Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus besar menekan pundi prostat dan cecair berkenaan akan terkeluar menerusi salur kencing. Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.

Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit. Cecair yang keluar akibat jangkitan penyakit kelamin lebih ketara.

Jika seseorang lelaki mendapati ada cecair yang keluar selepas dia bersetubuh tanpa menggunakan kondom, kemungkinan dia dijangkiti gonorhea atau chalymidia dan memerlukan rawatan.